Showing posts with label Love Story. Show all posts
Showing posts with label Love Story. Show all posts

Tuesday, May 19, 2015

Fiqa Nabil Big Day

Tak menyempat nak buat entry baru. Bukan apa, otak dah tepu. haha.. Dah sebulan lebih baru nak updated belog pink ni kan. Aku pon dah tak berapa nak ingat semua benda. lagipon, busy kome oii.. dengan audit nye. haishhh.. penat..penat.. 

Ni nak cite pasal majlis kawen adik aku, Shafeeqah dengan Nabil Imran. Eh ? kenapa adik kawen dulu ? kenapa bukan kakak kawen dulu ? nasib takde sape berani tanya soalan tu kat aku kan. haha.. nak jaga hati aku kot. takyah la nak jaga hati bagai. tanya je. tapi siyesly, aku memang tak kisah. dah rezeki dorang kawen dulu. ade duit, jalan je kan. Janji aku dapat cincin. Materialistik sangat kak long nih. hahaha..

Fiqa dengan nabil nikah pada hari Jumaat (10 April 2015), sempena birthday fiqa. Btw aku yang pilih tarikh tu.. hehe.. Akad nikah buat kat rumah kami je. Dalam pukul 5.30 petang baru start sebab sebelum tu hujan kan. Dah settle akad nikah, malam tu ktorang wat malam berinai sikit sambil celebrated birthday Fiqa and sape yang birthday bulan April jugak. Lepas siap kemas-kemas, ktorang pegi dewan pulak, tengok keadaan kat sana and setting photobooth. 

Catering masa akad nikah ktorang amek kat Big Pot.
Maksu kalo masak memang sedapppp..
Lauk masa petang tu, kari ayam, sambal tumis udang, pecal, ikan masin, sambal belacan, 
laksa, macam-macam lagi la.. dah lupa menu sebenarnya.. hehe
Sape nak booking boleh pegi kat Giant Teluk Intan ye.
Kedai bawah tu je, depan sushi king.. 

fiqa bagi nabil 7 hantaran, lagi dua yang takde buah-buahan dengan kek..
kek hantaran pon amek kat shaz.. sebab sedap kan..
fiqa amek rainbow kek..



close up sikit.. hehe

mase menunggu pengantin lelaki sampai..


time ni mesti abah dengan nabil berdebar-debar kan.. hehe
relax-relax..
nasib sekali lafaz je.. cayalah nabil !!!
sep sikit ! ahaha

suke la kan..
dah kawen.. haha

orang-orang yang banyak menolong sebelum majlis start lagi.
thank you korang !!

La Familia..
Nak ikut tema tapi nak save budget jugak ?
Pakai je balik baju raya tahun tu..
tapi aku sorang je beli baju baru.. haha
mama cakap, fify mana nak pakai baju lama.. 
eyh, mana ade la.. pakai je baju lama-lama..
tapi ade budget lebih sikit kan.. bukan mahal sangat pon.. hehe

Family Nabil
Comel je semua pakai jubah..

Majlis esok nye (11 April 2015) buat kat Dewan Bandaran Teluk Intan. Aku yang booking kan dewan tu kt MPTI. Udah dorang kecoh aku yang nak kawen. Aku iye kan aje. haha. Yang mana rapat tu, aku kabo le adik yang nak kawen. hehe. Tema side ktorang warna emerald green. habis semua orang kami suruh pakai emerald green jugak. hehe. masa semua kumpul-kumpul bincang pasal baju, fiqa dah tak senang duduk sebab memasing cite pasal baju, beli kat mana, harga berapa, sini murah, sane mahal, tapi dia tak decided lagi nak pakai kaler ape. tapi nak songket. At last dapat jugak kaler blue black. Ramai cakap cantik.

Menu masa majlis ktorang biasa la, macam kenduri-kenduri orang lain jugak. nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah, rendang tok, sambal goreng, dalca, jelatah, bubur kacang, air mata kucing, air sirap selasih, air kiwi, buah tembikai, tau fu fa, rojak buah and putu mayam. Aku nak cite lebih-lebih pon pasal majlis tu, aku tak berapa nak ingat sangat kan sebab sibuk duk kat depan je menyambut tetamu. tak taw sangat keadaan dalam dewan tu. ahaha. iye, aku tahu. nampak agak poyo disitu. tapi betoi la, iollz kan tuan rumah. haha. uollz tengok gambau je la eyh... ade pape nak tanya PM, DM, whatsapp, wechat segala. insyaAllah akan dilayan. k,bai.... 

Door gift untuk tetamu..
kek marble..
ramai puji kek ni sedap..

door gift untuk tetamu comel..
sweets, sesuai dengan mereka yang suweettttttt... ehehe




selalu orang wat wedding guest book kan ?
ni Fatin buatkan wedding guest board.. 
lawa kan ? meriahhh kaler. 


photobooth dah tak terurus..
dah lari konsep sikit.. ahaha


jauh import duta ni.. hehe
pre-wedding fiqa and nabil pon abang Lensaharmoni yang amek kan

kek ni sangat sedap..
malam tu aku celebrated birthday Fiqa, aku beli rainbow kek yang shaz buat ni..
memang sedapppppp..
tak rugi beli..

ko tengok la meja potong kek., sedih betul..
boleh pulak aku lupa kan pasal kek..
main amek je la meja buffet kat belakang tu. 
kalo ingat boleh mintak kain liplap liplap kat kak dayang..











kesayangan...








comel naw anak dara ni..

mak dia pon comels jugak..
kang maw kene marah, cakap anak je comel.. ahahaha


budak ni sombong taw sekarang ni .
sekali dia senyum, awww omey angat..
geram cik long tengok..

baby Jawhara memang tunggu cik ngah dia bersanding la..
elok je esok tu lin bersalin, anak gegurl.
Aunee Damea Jawhara.. kemain nama kan..

bridesmaid Fiqa..
comels semuaaa..


kawan-kawan adik dari poly nilai..
sanggup datang dari jauh..

ni kawan-kawan adik kat sini..
dorang semua belajar jauh-jauh..
ada yang Terengganu, kedah..
sanggup balik nak tengok angah kawen..
suke angah, korang balik.. hihi

bakal pengantin ni..
Bulan Januari tahun depan kot.. InsyaAllah.. amin..



amboi Aish, bunga tu lagi menarik ye ? hehe






suka picture eton yang nih.. lawa sangat..
kalo fie ade abg, dah lama sroh dia ngorat.. hehe *ampun geng


Gigih aku bawak balik Prada Lace aku dengan mama dari bandung..
beli time aku pegi bandung kali kedua..
Siyesly, Prada lace mama sangat berat..
gigih pikul naik flight.. *propa sangat ! hiks

Meet my extended family on my mom's side


Meet my extended family on my dad's side
memasing formal je.. sopan je.. comel je..

dah mula dah..
kemain tinggi naw tangan aku.. 
silap tak atas lagi, biar tutup muka zura.. *dengki
Iffat pulak, nasib la duk diam je atas riba aku.. hehe

oke, memasing dah mula senget.. 
Iffat redha je dengan makcik-makcik, pakcik-pakcik dia and atok-atok dia.. haha

senget lagi, over betul..
sampai tak nampak atok kat mana.. hehe

whooaaa !!!
ghase masing-masing nak terkeluar dari camera je.. hihi

tengok la photobooth dah tak terurus.. haha





Hari ahad (12 April 2015) majlis pihak lelaki pulak. Buat dekat Dewan Sekolah Sultan Yussuf dekat Batu Gajah. Ktorang gerak dari teluk intan pukul 11 pagi, tunggu semua berkumpul baru start jalan. dorang sanding pukul 1, ktorang ikut la geng-geng kete nabil dari belakang. nak jadikan cerita and rezeki, boleh pulak terjumpa fana, classmate aku masa kat PUO dulu. Ayah fana kawan baik dengan ayah nabil. kecik betul dunia. pegi mana-mana ade je yang kenal. so, behave yourself. ehehe

Tema pihak lelaki kaler grey and putih. Family nabil pulak pakai warna peach. Dorang amek pakej dekat wife kawan Nabil. Menu rumah nabil pon lebih kurang menu rumah ktorang, standard la kan, orang kawen. cuma special ada laksa dengan cendol. tapi takde rezeki nak rasa cendol. tunggu la kalo aku nak buat kelainan ke kan, masing-masing bawak lauk dari rumah sendiri. hahaha. maw kene ketuk dengan mama and abah.. ahaks ! Lepas sanding, makan, tangkap-tangkap gambar, ktorang balik. banyak keje yang menunggu kat rumah. ahahaha. nasib isnin tu aku cuti. boleh la tolong-tolong mama dengan abah and rehat sikit. penat nye jangan cakap. huhu......






kalo side fiqa warna warni, side nabil warna dia agak soft sikit.. 
sesuai la kan sebab pihak lelaki.. hehe


ktorang follow geng vios la kat belakang, udah susah nak dapat parking.. hehe

kete pengantin








dorang outdoor kat plan b je sebab hujan kan.
tapi not bad jugak, lawa picture dia..


Pelamin by : Andaman Dayang & Noliey D' Touch
Catering by : Qaseeh Catering & Big Pot
Hantaran by : Abg Rosli
Make up by : Nurul Sawanis & Noliey D' Touch
Photo by : Lensaharmoni, sedara-mara, kawan-kawan
Wedding cake by : Tengku Shazwani (Double Luscious)
Door Gift by : Noor Bety Hashim


Terima lah kasih banyak-banyak kat semua sedara-mara, kawan-kawan yang sangat-sangat membantu mase nak uruskan majlis ni. Fairy, along, zura dengan lin yang tengah tunggu masa nak bersalin boleh lepak kat rumah sampai pukul dua pagi buat bunga  telur, along siap sponsor jelly lagi. Atok, pak su, mak su, fatin, nabila yang datang tolong buatkan door gift untuk VIP. Nyah yang siapkan bilik pengantin. Syasya, mel, sab yang tolong teman kan survey butik pengantin, kemas rumah masa nak pasang pelamin. Acik yang sponsor rojak buah, abg nizam yang sponsor putu mayam. Farah, eton, kak tini, abg boy, kak egurl, abg shah, abg jey, ekin, fatin, family mak long, and semua family belah abah dengan mama yang jadi penyambut tetamu, tolong kemas-kemas, tolong semua la dari A to Z. Kawan-kawan mama, abah semua. Fina and family sanggup datang dari jauh. sory kalo ade nama yang tak sebut. tapi ktorang sekeluarga sangat-sangat hargai.   


Barakallahulakuma Fiqa & Nabil.. Kak Long doakan semoga korang bahagia till Jannah.. Selamat menempuh hidup baru, semoga jadi keluarga yang sakinah, mawaddah, warrohmah. Diberi rezeki yang berkah dan melimpah serta semoga sentiasa dalam lindungan Allah. Cecepat dapat baby taw. semoga dapat cahaya mata yang soleh, solehah, comel, bijak... tak sabo nak jadi Mak Long.. yeayyy !!! Btw, aku sangat-sangat happy hari tu, selain dapat adik ipar, dua-dua belah family dapat kumpul together-gether, BFF pon ade.. Haishh seronok betul. Bahagia sgttttttt ! Tqq uolzz.. muah ciked.. ahaha


p/s: thanks jugak kat Mr. A sebab sudi datang walaupon kejap je dapat jumpa. tak boleh letak picture dengan dia, nanti kontroversi.. kak fify, malas nak layan.. hahaha