Assalamualaikum. Hye everybody. Ingat lagi tak entry kakak fify yang lepas ? Ala, picture yang nampak sayap kapal terobang tu je. Kemain berteka teki kakak fify pegi mana kan ? Sampai ke sudah baru nak hapdate. Bulan Ogos baru ada masa nak hapdate, giler kentang kakak fify busy. Dah setahun kejadian itu berlaku. Aiyakkkk !!! Oke-oke uollz, jangan marah-marah ye. Nanti kakak fify tanak story mory. *wink wink
14-16 Ogos 2015 hari tu ada la Sambutan Hari Koperasi Negara, dorang buat kat Kuching, Sarawak. Setiap koperasi boleh la hantar wakil untuk join program ni, sekali En. Boss cakap jom semua kita pegi. Ya Allah mase tu rase di awang-awangan je. Bahagia je rasa. Kalo boleh nak pegi time tu jugak la. hiks. Eksaited nye tuhan je taw, sebab kat Malaysia ni memang Sabah Sarawak je iollz tak pernah sampai lagi kan. Kemain iollz dengan syasya booking tiket flight, van and cari kereta sewa untuk ktorang kat sana nanti. Hotel tayah cari sebab pihak Maktab Koperasi Negara dah sediakan untuk kami. Just bagitaw bape orang yang hadir.
Pagi, 14 Ogos 2015 ktorg gerak dari Teluk Intan ke KLIA 2 jam 10.30 pagi. Sewa van dari Aulia Travel. Lebih senang sebenarnya naik van sebab van ikut masa kita kan. Takyah nak tunggu lama. Pengalaman kami naik shuttle masa pergi balik dari Bandung dulu, jenuh nak tunggu shuttle datang padahal kite dah sampai awal. Penat nye jangan cakap la. Ni dah pandai dah. So, kite sewa van. hahaha
Lebih kurang dalam pukul 1 petang macam tu kami sampai kat KLIA 2. Flight ktorang pukul 4 petang. Sampai Kuching dalam pukul 6 petang, kereta ktorang dah siap tunggu kat airport. Lepas settle urusan dengan owner kereta sewa, ktorang terus daftar diri kat hotel 360 express. Ko ingat camera je ada 360 ? hotel pon ade la. Patut la hotel tu peloles. haha
Lepas daftar, rehat-rehat kejap lepas tu keluar balik jalan-jalan kat Kuching waterfront. Tengok-tengok dorang buat persiapan untuk majlis hari koperasi negara tu esok. Jauh jugak ktorang berjalan sebab sepanjang jalan tu dorang bukak macam-macam booth dari semua negeri kat Malaysia ni. Lepas tu ktorang pegi dinner. Ape lagi, try mee kolok la. Kat Sarawak je hado. Lepas makan sume, balik la.. tidoooooo....... zzzzzzz....

kemain dua orang ni kan gumbira je.. hehe

picture ni nak hantar kat orang tu, tu sebab gigih posing
depan balai perlepasan ni.. hihi
setiap kali naik flight, aku sangat suka amek gambar
pemandangan macam ni.
Airport Kuching siap ada banner untuk hari koperasi negara ni.
Memang sambutan besar-besaran.
Best giler hotel dia. sangat-sangat selesa.
Paling penting banyak bantal.
Aku macam biasa la, duk berdua dengan Syasya.
#partnerincrime gittew. hahaha
Sian ktorang tak nampak muka.
Nak sangat bergambo ditempat kejadian.
Amek ko, xde 'nur'.. haha
Hari kedua kat Sarawak, 15 Ogos 2015. Kami siap-siap nak pegi daftar kat tebingan sungai tu then pegi bekfes. Memang best la suasana kedai kat sana, melayu cina sume ade join makan satu kedai. Nampak sangat berbilang bangsa and kaum tu. Kedai kat sana pon macam vintage taw, suka laa..
Dah settle semua, ktorang pon tukar baju and pegi kat Kampung Budaya Sarawak di Santubong. Lama gak jalan-jalan dalam tu, habis semua rumah ktorang melawat. hehe. Ktorang lunch pon kat dalam tu. Sebelum balik, ktorang pegi beli kek lapis pulak kat Mira Cake house, lepas tu singgah pasar Satok beli terubuk masin lak. hehe.. Lepas semua orang habis borong terubuk masin, ktorang balik hotel rehat-rehat, mandi semua kuar balik dinner. Tak ingat la nama tempat tu, tapi ramai giler orang makan situ. Makanan pon sedap-sedap giler. Haishhhh...


Lepas daftar, sorang satu dapat goodies bag ni..
macam-macam ada, tapi aku pon dah lupa ape isi nya..
maklum la dah dekat setahun pegi kan.. hehe


mase ni senyum pon cover2, sebab tengah pakai braces lagi kan..
kang nampak gigi besi.. aummmm..
Setiap orang dapat passport ni, so kita kena kumpul cop setiap kali ktorang singgah rumah-rumah yang ada kat dalam perkampungan tu, macam rumah panjang, rumah iban, rumah cina dll..
Aku ingat, aku dengan sya je eksaited mengumpul cop tu, rupanya dorang yang lain pon sibuk mengumpul cop jugak.
Encik boss pon sama taw. hiks.

fefeeling kat oversea.. haha

Kesian abg anip, kena melayan kerenah ktorang.
suruh selfie la, amek kan gambar la..
sporting abg anip ni, dia pon layan je
bila lagi nak melayan ktorang kan ? hehehe


dalam perkampungan budaya ni pon ada show tarian
dari artis-artis kebudayaan dorang..
dorang offer la audience untuk menari sekali
dengan dorang masa dah habis show tu, kemain laju je Syahidda Yunus tu pegi join.. hehe
penat dah kot dia layan audience nak snap picture dengan dia..
masam je muka..
tapi kan, dengan aku kemain dia senyum..
memang dari dia atas pentas, masa tengah buat show tu aku dengan syasya dah aim je dia..
hensem bak anggg.. fuhhhh...
tengok la kehulu kehilir kami bawak passport tu..
pegi oversea pon tak macam tu bawak paaport.. haha
cadang nak buat iklan adabi jap.. hehe

lain agak nya rasa tido kat situ..
syasya sorang je taw ape rase nye.. haha
naik buai ni sebab nak kawen dengan anak raja lettew.. huhu

persembahan bersama.. hihi
comei kawan ai sorang ni..
laksa sarawak.. not bad la..
kalau nak beli kek lapis, sini la salah satu tempat yang femes..
siyes sedap kek lapis dia..
penat borong kek lapis..
Giler banyak kek lapis.. macam-macam jenis..
sampai tak taw nak pilih yang mana satu, main amek je..
ada yang mahal, ada yang murah..
dedua aku beli sebab nak rasa, ape yang lain nye mahal dengan murah.. hehe
Dinner kat tempat ni, aku tak ingat nama..
lupa lak nak tanya encik boss..
tapi ramai giler manusia makan kat sana..
Hari ketiga, 16 Ogos 2015. Last day ktorang kat Sarawak ni, kami pegi Sarikin. Ape lagi, shopping lor.. haha.. Borong kain Batik Sarawak la kat sana, nak-nak pulak tu tengah 'hot' kan. Siyes, memang murah la batik sarawak tu kat sana.
Dalam 3 jam jugak la kami shopping. Perhentian terakhir kan. Sebab lepas tu nak check out and balik semenanjung dah. Awal pagi jugak la kitaorang sampai teluk intan. Esok tu, isnin cuti.. Yeayyyy.. Isnin tu time agih-agih kan barang untuk orang-orang tersayang la. Walaupon cuti, gigih iollz g pos laju pos sourvenir untuk orang jauh. ada yang siap delivery okehhh.. mana nak cari orang macam saya ni.. alahaiiii... *pasan.. ahahaha

selfie berdua itu wajib, sambil menunggu mee kolok sampai..

ini adelah mee kolok yang dimaksudkan..
Pasar Sarikin tu..
agak panas disitu, tapi demi batik Sarawak yang tgh hot tu,
ku redah jugakkk...
Shopping punya pasal.. ahaha

ade yang nak buat menantu tak ? eh ? ahaha
ikutkan hati, nak beli lagi..
tapi bila fikir luggage kecik pastu kena angkut sorang lak tu, dapat beli banyak ni je la..
whatsapp mama tunjuk fridge magnet yang aku beli, dia cakap lawa pastu tak cukup..
esok nye aku tambah lagi.. saba je lah.. haha
tak cukup, tambah lagi.. huhu
gigih ajak encik boss pegi sini..
bukan senang nak cari kucing ni nanti..
walaupon iollz ade ailurophobia, tapi kucing ni
memang iollz cari.. meowwwwwww..

pose manja sementara tunggu flight.. ahaha
Alhamdulillah, pengalaman kat Sarawak sangat best.. InsyaAllah kalau ade rezeki nak ajak Halimah's Family pulak pegi.. Next holiday pegi mana pulak ?? tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...


















No comments:
Post a Comment