Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Tuesday, May 26, 2015

Short Vacay - Pangkor Island


Ko taw, sebelum nak pegi short vacay ni aku dengan eton kemain eksaited nye. rase minggu tu ktorang asyik duk menghitung hari je. kalah orang nak kawen punye menghitung hari.. haha.. time nak pegi tu la, minggu tu dengan minggu sebelumnya, aku busy sangat dengan audit. nak hantar dokumen-dokumen dekat En. Amir. Nak dijadikan cerita, hari Jumaat tu En Amir call suruh jumpa dia sebab nak finalize kan penyata kewangan tahunan ktorang. legaaa nye time tu, Allah je yang taw.. so, boleh la aku bercuti dengan tenang, aman dan damai.. ewahhh.. hehe

Day 1

Hari sabtu (23 May 2015), aku dengan eton gerak dari rumah dalam pukul 8 pagi ke jetty marina island. ktorang pilih jetty marina sebab sane tak ramai orang pastu 10 minit je dah sampai pangkor. Ktorang sewa kete dekat member eton. mula kami nak naik motor je sebab rase lebih feeling kalau nak round round pulau naik moto. drama sangat ! hehe. tapi member eton cakap, kat sana petang petang selalu hujan. so, ktorang pilih nak sewa kete je la. lagipon sebab kenal kan, ktorang dapat sewa kete rm50 je untuk sehari. Rezeki.. Dan ktorang memang tak salah pilih sebab kalau naik motor, tak taw la macam mana nak mengangkut segala barang tu.

Pukul 10 lebih dah sampai dah. turun je kat jetty terus cari balai bomba, nak ambil kete. member eton tu abang bomba rupanye. selama ni eton cakap member, aku ingat perempuan. John, aku dengar Ja. haha.. lepas dapat je kete, ape lagi... ktorang ronda la satu pangkor. nak check in, awal lagi kan. lepas ronda, ktorang cari ole ole untuk family and member member. Ktorang beli baju, seluar, ikan masin, satay ikan, sotong kering, fridge magnet, ape lagi eyh ? tu je kot. lepas tu ktorang gerak terus ke Chalet. Ktorang stay kat Nipah Bay Villa. ekceli, aku nak sangat duduk dekat Nipah Guest House, tapi ape kan daya.. dah full. aiyakkk. tak de rezeki. takpe, next time. hohoho

Masa dah check in tu, budak hotel tu hantar ktorang sampai dalam bilik. tolong bukak kan pintu, lampu, aircond segala. pastu dia tanya nak snorkeling ke ? ktorang cakap nak tapi esok pagi. dia cakap sekarang pon boleh. dia bagi ktorang rm35 sorang untuk snorkeling sekali dengan pusing pulau. tak fikir panjang terus je setuju sebab kalo ktorang snorkeling esok tu, takut kelam kabut je dengan nak balik lagi kan. huhu

siyes lawak masa snorkeling tu, tenggelam timbul ktorang sebab masing masing tak pernah snorkeling kan. aku setakat berenang kat swimming pool yang cetek tu boleh la. hahaha. dah la budak tu tinggal je ktorang kat situ, lepas sejam baru dia datang amek ktorang. kat sana sempat la berkenalan dengan member baru. sesi perkenalan di tengah lautan. dramatik kan ? tapi memang best la sebab dorang sangat friendly. part yang paling best, abang reggae sebijik macam bob marley tolong bawak ktorang nak tengok gamat. dia tarik tangan eton, ktorang tarik eton dari belakang. pastu dia bising ktorang makan ape sebab berat. haha.. maw tak berat, dia sorang kne tarik tiga orang lagi. dengan ktorang yang tak membantu dia langsung. rasa nye dia pon give up, langsung tak sampai destinasi yang nak dituju.. ahaks ! 

Habis snorkeling, aku dengan eton lepak tepi pantai kejap. sambil tunggu member baru sampai sebab dorang nak tumpang mandi kat bilik ktorang. dorang balik hari, dorang stay kat Lumut. lepas dorang balik, ktorang pulak mandi. lepas maghrib, ktorang jalan kaki je round round kat kedai kedai tepi jalan. pastu beli dinner and balik tido. tak ingat ape dah. penat and ngantuk sangat. 

masing-masing muka fresh sebab pagi lagi kan..

yeayyyy !!
dah sampai destinasi yang di tunggu tunggu..

awww...
comey gilos teksi pink nih..
dah la feveret kaler iollz..
mohon nak bawak balik sebijik kat teluk intan, please ! 






aku memang pilih chalet.
teringin nak tido dalam suasana kayu.
dia ada jugak bilik batu, tapi aku memang nak bilik kayu ni.. haha

nampak tak dua entiti kat cermin tu ? hiks

macam romantik je bilik ktorang ni..
rasa pegi honeymoon pulak dengan eton.. ahahahaha *poyosss


nampak tak batu tu macam ikan paus ?
budak yang bawak ktorang tu cakap dari jauh je nampak macam ikan paus, dekat tak nampak pon..

 
belakang ktorang tu pulak, batu macam kepala buaya kan ?
abaikan muka bolat aku ittew..
malas nak pikir, main sarung je tudung senang.
janji tutup aurat kan ? tak gittew ? hehe
ada lagi tempat lain yang dia bawak, tapi aku takut handset tercampak je kat lautan yang luas terbentang tu, terus aku simpan. 
kang jenuh nak menggagau mencari.
 boat dia laju giler. kalo mama dengan fiqa naik confirm takut. haha


dari jauh dah nampak dah jaket jaket oren ittew..
gigih snorkeling.. ikan takde, manusia yang ramai..
sampai ikan pon takut nak timbul..
bila bagi roti baru la ade ikan..
ktorang komplen la, takde ikan pon..
abang-abang kat situ cakap, ikan cun cun aihhh.. 
sungguh kurang asam, dorang cakap kite ikan kan eton ! huh !


 
menahan diri sebenarnya..
tengah seimbangkan badan..
batu tu dah la licin, ombak kuat pulak tu..
memang nak jatuh saje..

member baru.. kenal kan, shaza and atiqa..
kenal masa tengah snorkeling dalam laut..
tak sampai sejam kenal tapi havoc nya macam dah bertahun kenal..
untung jumpa member satu kepala tengah laut.. kau ade ?  haha
lepas ni plan next vacation dengan dorang pulak sebab dorang ni pon jenis travel berdua je..  

abaikan adik kat belakang tu..
dia tak perasan ktorang nak snap picture time tu..
lepas dia perasan, punya la dia mintak sory.. 
sory la dik, kak fify terpaksa letak jugak picture ni 
sebab dah takde picture yang lain..
ampun maap di pinta ye.. hihi




all black.. rasa selamat sikit.. ehehe

Day 2

Esok tu (24 May 2015), pagi pagi dah keluar pegi jalan jalan kat tepi pantai. Sambil nak tengok keindahan alam ciptaan tuhan, saja nak cuci mata la jugak. nak cari jodoh sorang dua, buleh bawak balik mai teluk intan ni haa. gatai naa.. hahaha.. lepas puas meronda, ktorang beli roti telur untuk breakfast.
then ktorang kemas kemas untuk check out.

Lepas check out, ktorang pegi beli ole ole lagi. rasa ade je tertinggal nak beli kat orang. eton lagi la, penuh kiri kanan. shopping giler-giler la dia. hihi. lepas dapat semua barang, kami pegi kota belanda pulak sebab semalam tu tak jadi pegi kan. ktorang tukar plan sebenarnya, sepatutnya pagi ni baru pegi snorkeling, tapi dah budak keje kat chalet tu offer ktorang pegi petang semalam, so ktorang ikut je. lepas habis melawat kota belanda ktorang pulang kan kete member eton, abang bomba tu kat balai bomba depan jetty pangkor tu je. lepas tu beratur dalam 15 minit macam tu baru perasan, dorang nak balik ikut lumut, patut ramai orang. nasib la eton perasan, terus ktorang pegi dekat jetty marina island punya. dalam pukul 1.30 pm ktorang sampai dah jetty marina. Pukul 3 macam tu la, selamat sampai rumah. Alhamdulillah.. 



amboi, happy nye dia..


sangat suka picture ni..
pandai akak tu amek kan gambar..
background cantik, orang nya pon cantik ! eh ?! ahahaha

uitttt..
ingat abang TNB ke ??? 
 opsss !! larikkkkk... hahaha



Laju laju buaiku laju...
weollz nak kawen dengan anak raja.. 
Raja mana ? Rajagopal.. kih3.. eton suka la tu...

jom check out..
sapa duk sini amek bilik no 9 taw..
bilik ktorang..
ktorang jaga baik punya.. hihi

Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong ! ahaha
tengok picture ni, tetibe teringat lagu Ruffedge.. 
sebab seseorang la, aku minat giler lagu Bila Rindu tu dulu.. 
hihi.. tak boleh blahhh...


memasing gigih nak bergambo kat dalam lobang nih.. ahaha

oh, feeling sangattt !!! haha




tengok la bag biru tu..
kemain besar kan ?
eton memang borong habis habisan ler..
I tumpang barang sikit je kan u ? kan ? kan ? ahaks..

pandai u sorok bag biru u tu kan ?
ntah mana mana ntah dia letak.. haha


sebelum balik sempat selfie kejap..
wat kenang-kenangan..
ko tengok la muka ktorang..
muka masing-masing merah menyala macam udang kene bako.. ahaks !
panas sangat mase pegi kota belanda tu.. 


Cik Wardaton Jamilah, thanks for everything eyh. Happy sangat sebab u sudi temankan i selama 2 hari 1 malam. Next time nak pegi mana ek ? yang tak tahan tu, hari isnin masuk keje dah fikir nak pegi mana dah, padahal baru je balik semalam. Rasa nya memang dari dulu dah penuh dah kan jadual kite nak kemana tapi masa sangat mencemburui kite. dengki sangat dia kan. ahhahaha.. please, plan next vacation uollz.. (^_^)V #buddieskelaut

Friday, March 6, 2015

Short Vacay - Lost World Of Tambun



Oke ni story baru punya. Minggu lepas punya. Selalu aku ni lepas berbulan-bulan baru la nak updated belog pink ni kan. Kali ni tidak lagi. ecehhh.. Tengok picture, kontroversi tak ? Cer teka aku pegi bercuti dengan sapa? jeng..jeng..jeng.. ahahahaha

Oke-oke, biar la aku berterus terang aku pegi bercuti dengan sapa ni. Nanti jadi gosip pulak kan. Aku tak main la nak layan gosip-gosip murahan ni. Sungguh poyo kamu wahai cik fify.. huhu.. Aku pegi bercuti dengan BFF aku la, Cik Wardaton Jamilah Bt Yahya yang sangat cantik, comel, cun, top-top meletop tu la. Sapa-sapa nak berkenalan dengan dia, boleh bagitau aku. Single lagi tuh. *mohon eton tak baca belog aku ni


tadaa.. ni la my BFF 
ramai cakap macam emma maembong
lawa kan ? haruslahhh..

mula-mula je masuk lost world ni, beriye je aku dengan eton duk tengok map ni..
nak pegi mana dulu kan..
tapi, hampeh...
last-last, main redah je ikut mana dan..

fefeeling kat rumah shrek.. tetibe.. ahaha

jadi le tangkap gambo dengan patung hantu je..
seumur hidup aku, 18 tahun aku hidup ni kan...
18 ke? tettttttt.. ahaha
aku memang tak pernah langsung masuk rumah hantu..
bukan takut ape sebenarnya, aku takut aku tertampar hantu-hantu 
yang terkejutkan aku tu je..
ahaks ! yeke ? kikiki

Bertiga lebih baik !
jangan tataw, ktorang dapat peminat kat sana..
tetibe je mat cina ni datang nak tangkap gambo sama..
nasib hensemmm.. ahaha
ktorang dah jumpa mamat ni dari masa nak beli tiket lagi..
dia dengan member dia kat belakang ktorang..
pastu masa kami nak naik roller coaster pon naik sesama..
nak pegi kat Tin Valley jumpa lagi.. 
jodohkah itu? tettt.. haha

selepas mat cina itu pergiiii.. ehehe

gigih nak mendulang bijih timah tengah hari rembang ni kan.. haha
suka picture nih, tapi jauh la pulakkk..

comey kawan aku sorang nih


Eton cakap, picture dia ni gaya macam gangster je..
takpe eton, ini gangster yang lawa oke..
emma maembong uollz ! ehehe

eton bersungguh-sungguh nak tangkap gambo dengan burung nih..
aku terpaksa rela menangkap gambo eton ni..
sambil tangkap gambo, sambil jerit-jerit sebab kat kaki ade burung-burung, itik, 
burung merak yang dibiar dan dilepaskan macam tu je..
eton gelakkan aku je.. sabo je la..
euwwwww.. geliiiii kot..
aku bab binatang-binatang ni memang sensitippp..
kalo diberi pilihan antara pegang ular or naik roller coaster, aku pilih roller coaster.. sekiannnn!



tapi kalo binatang kaku cengini, aku berani..
ape ade hal, setakat kuda je.. huhu

lepas penat tawaf satu lost world tu, ktorang naik train pulak..
kalah orang tua dia punya tak larat tu..
sakit gak la kaki iolzz.. 

Masuk-masuk je lost world ni kami pusing-pusing dulu, tangkap gambar. Lepas penat menjelajah lost world of tambun ni, dalam pukul dua baru kami start salin baju nak mandi. Memang tak nak mandi tengah hari tu sebab panas sangat kan. Kang terbako muka, tu sebab ktorang ronda-ronda dulu. Mula-mula ktorang tuju pelampung dulu pastu pusing-pusing kat keliling adventure river dia tu. Dua kali jugak la aku dengan eton pusing. Seronok nya tu kalah budak-budak. Sambil pusing duk atas pelampung tu, ada la sikit sesi luahan perasaan. Nasib ktorang lebih kurang sama. Sama-sama memahami.  So, ktorang boleh luahkan rahsia hati masing-masing. Pernah pukul 4 pagi aku kacau eton hantar whatsapp kat dia, tengok-tengok dia reply time tu jugak. Terkejut mak! Dia cakap dia memang terjaga time tu, tengok-tengok aku whatsapp dia. Instinct ktorang kuat kan. hehehe

Cliff Racer
Agak laju jugak benda alah ni..
masa turun tu memang syok giler, jerit-jerit aku dengan eton..
tapi macam biasa la kan..
bila nampak orang ramai kat bawah tu, aku dengan eton control la cun sikit..
Diam je tak menjerit..
kekunun gagah berani..
Padahal dorang dah dengo dah ko jerit masa kat atas tu fify oii.. 
lantak situ, takpe sebab aku tak nampak deme time tu.. hahaha

Ni nama nya Tube Raiders..
masa nak naik benda alah ni, takde sapa nak tolong jaga kan pelampung ktorang..
ate, dedua gedik nak naik kan..
nak naik benda alah ni tak boleh guna pelampung sendiri kena guna pelampung dia..
pastu, nampak sorang akak ni duduk je tunggu orang kot..
ktorang mintak tolong dia jaga kan pelampung ktorang jap.
giler nak letak merata pelampung tu, kang hilang tak dapat deposit balik..
gigih aku dengan eton menapak naik tangga ke ats dengan simen panas ya amatttttt.
sakit tapak kaki weollz..
Berlari aku dengan eton naik tangga macam orang gila.. ahaha
Ktorang pilih gelongsor yang tertutup, sebab gelap kan mesti lagi best..
Lebih thrill la kononnya.. ahaha
Nasib tak ramai orang, so cepat la sikit..
Masa kat atas pulak, abang yang jaga gelongsor ni tanya dari mana.
Aku segan kot nak cakap dari Teluk Intan sebab dekat sangat kan..
Dapat kat eton, dia pegi cakap dari Taman Perpaduan Tambun ni je.. ahaha.. amek kau.. 
Bak kata adik-adik aku,  aku kan memang poyo-poyo sikit kan..
Pegi tanya abang tu, banyak-banyak gelongsor kat sini mana paling mencabar? 
Abang tu cakap yang ktorang pilih ni best, sebab paling laju..
Pastu dia suruh try naik yang nombor empat pulak.
Memang nak try tapi bila pikir hazab nak naik tangga tu, penat..
Terus tak jadi..

After ktorang habis main gelongsor ni, ktorang pusing lagi sekali adventure river tu. Dah habis pusing-pusing, ktorang berendam kat hotsprings pulak dengan harapan lemak-lemak tepu kat perut dan peha boleh cair dan ghaib dengan begitu sahaja. huhu..  Ktorang berendam dalam setengah jam je kot, ktorang salin baju pastu sambung main. Ktorang naik kapal lanun yang berayun ke depan and ke belakang tu kan pastu dengan buaian laju tu macam kat genting dulu. Dah petang-petang ni tak la panas sangat kan nak bersuka ria. Kang panas-panas riso pengsan pulakkk. Faham-faham je la cuaca sekarang macam mana kan, memang tak digalakkan buat aktiviti luar. Udah macam doktor aku ni kan. Sejak ada kawan keje klinik. ahaha

kitaorang berdua ikut mana sempat je..
main posing je tengok camera orang lain..
pantang nampak camera..
lepas tu mintak gambo kat akak tu.. ehehe
masa main roller coaster pon sama..
punya la jerit tak ingat..
nampak je orang tu nak amek gambo terus diam pastu senyum.. 
hipokrit sangatttt..

kome tengok le, aku dengan eton dapat peminat lagi kat belakang tu..
kami berdua nak selfie, budak-budak tu nak join sekali..
padahal tak kenal pon.. adakah kami terlalu mesra alam? huhu
tapi sangat lawak, budak yang pakai baju kuning tu punya la takut naik kapal nih.. 
masa nak turun tu, dia cakap bukan saya kak yang takut.. 
dia tunjuk kawan dia.. ahaha

ni lagi satu gambo kitaorang main redah je ..
habis tu pegi berdua je, takde sapa nak tolong snap kan picture..
nampak je camera sesape, buat macam camera sendiri.. ehehe
time ni budak bertiga tadi tu dah naik dah buaian laju ni..
dorang nampak aku dengan eton berbaris nak naik buaian ni, deme tunggu ktorang naik lagi sekali..
awwwww.. so suwetttt adik..
thanks teman kan akak-akak yang gojes ni.. uwekkkk *muntah hijau
adik yang sebelah aku dengan family dia pon sporting..
macam dah lama kenal je ktorang ni..
dah macam satu keluarga bahagia je.. ahaha




Huga.. huga..
mamat yang sebelah eton tu asyik nak huga..huga je..
tak kira la sapa lalu.. duk huga..huga je koje nye.. huhu
abang yang hujung sekali, belah kiri tu memang muka dia statik macam tu je..
sombong betoi.. idak le dia nak mandang emma maembong tu kan.. ahaha
btw akak sebelah aku tu macam muka seseorang la.. eh?




Giddy Galleon je kami tak naik sebab sama je pusing-pusing macam buaian laju tu. Kang pening pulak, dah tak ingat jalan pulang. Menjenuh jugak. hehe.. Lepas habis main segala, ktorang pon nak balik. Sebelum tu sempat la posing-posing sikit tangkap gambar buat kenang-kenangan di hari tua. huhu.. Walaupon kami berdua je, tapi tetap enjoyyyy. Mula-mula plan bertiga dengan kak eija tapi malam tu abah kak eija tak sihat pulak, Tu dia tak jadi join kami. Takpe kak, nanti kita plan pegi tempat lain pulak ye dengan farah.. (padahal dah siap plan dah nak pegi mana pulak lepas ni, penuh dah jadual..hihi) Happy sangat-sangat hari tu dapat release tension, lupa kat semuaaaaaaaa... Naik roller coaster (Lupe's Adventure), buaian laju (Dragon Flight), kapal lanun (Storm Rider).. Walaupon mainan kat lost world ni tak la mencabar sangat macam kat USS tu, tapi aku bantai je jerit. Sebab rasa boleh hilangkan stress.  Puas dapat jerit!

Lepas balik dari mandi-manda, kak eija suruh kami datang rumah dia minum petang..
sedap kot dapat makan cucur jagung.. feveret tuhh..
Lepas tu, kak eija ajak makan kat Mat Periuk..
Thanks akak belanja fie dengan eton..
muahhh ciked.. hihi

masa ni nak balik dah.. kat mat periuk sangat-sangat ramai orang..
nak selfie pon tak boleh..
jadi sebelum balik tu, sempat la selfie dengan kak eija kejap..
gigih jugak la cari cahaya lampu tepi jalan tu..
sebab gelap sangat kan..
masa nak tangkap gambo ni, ade sorang pakcik tu tegur...

"Hai, makan pon nak tangkap gambo ? "

Kak eija slumber je balas, "Aah pakcik, nak check in" .

itu lawakkk kot.. haha.. Deme ingat kami sesaje je ke nak tangkap gambo tepi jalan cengitu..
Kitaorang susah nak jumpa sebenarnya, tu yang main redah je tangkap gambo tepi jalan..
sian kita kan kome..


Alhamdulillah, rasa seronok sangat dapat berjimba-jimba dengan BFF kan. Walaupon dekat and kejap je, Jadila. Sangat puas hati. Happy nya, Allah je yang tahu. InsyaAllah next time kita pegi berempat ye. Biar complete group ZA.FC kelaut kita ni. haha... I Love U korang!!!