Thursday, September 10, 2015

Shell Out

Cuti merdeka hari tu, ktorang satu family plan nak g holiday kt PD. kekunun nak lepak-lepak tepi laut.. sambil jalan-jalan tepi pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa gittew. main lari-lari, ade sesi kejar kejaran. pasir putih tepi pantai, ombak saling berkejaran.. kan ?  ecehhh .. feeling sangat. ahaks. gedik naw ko fify oii.. huhu

At last, tak jadi sebab masa nak keluar tol pegi PD tu jalan jammed gilerrrr.. Lagipon PD bukan besar sangat kan, confirm ramai orang nak celebrated merdeka kat teluk kemang tu. so, dorang cakap pegi melaka je la. senanggg.. haishhh.. aku ni dah bosan sebeno nye asyik-asyik pegi melaka je. tapi tula, dorang memang suka sangat ke sana. erm.. macam memang kene cari jodoh dengan orang melaka je nih.. hahaha.. oke, sila abaikan aku.. 

Kat Melaka pon macam biasa la, takde la kemana sangat. just pusing-pusing melaka, naik river cruise untuk kali yang ke berapa juta kali  ntah. tak ingat. siang malam pagi petang aku dah pernah merasa naik. kali ni naik sebab adik ipar aku tak pernah naik lagi. untuk memenuhi impian dia, ktorang pon naik la jugak. iollz kan kakak ipar yang baik.. ecehhhh.. sila muntah hijau.. ahahaha..

Esok tu sebelum balik, ktorang g Pantai Klebang dulu.. biase la kalo pegi melaka tak pekena coconut shake, tak sah kan. lepas tu ktorang terus pegi KL. adik aku mengidam nak makan kat Shell Out. kemain ngidam dia kan. sume bende mahal-mahal. haritu makan kat Me'nate Steak Hub tu.. nasib la laki ko mampu dik. huhu. kalo akak la kan, maleh nak layan.. hohoho

Dalam pukul 3.00pm ktorang sampai Kota Damansara, terus cari kedai makan tu. ape lagi, time tu lapar giler sebab dah lewat kan. tak lunch lagi. tapi mase nak masuk tu kene tunggu gak la sebab meja dah penuh. meja dalam tu agak terhad. tapi takpe... sambil tunggu tu, dapat jumpa abg jebattt.. nampak je dia, automatik teringat kat Along. Along memang minat giler-giler-giler-giler-giler kat abg jebat. lepas selfie, ape lagi cecepat ktorang sent gambar kat group whatsapp family.. kemain, memasing jeles.. hehe.. 

Lepas habis makan, ktorang terus balik teluk intan je, tak pegi memana pon sebab taknak sampai lambat and takut jammed. yela, cuti merdeka kan, plus ade perhimpunan bersih lak.. esok tu koje.. sekian.. jangan malas-malas.. huhu


jemput makan uollz..
sedap gak masakan dia..
lepas rasa, ktorang tambah lagi order..


selain seafood,ade la nasi jugak..
mana maw nye makan seafood je sebab 
memang tengah lapar kan time tu.. huhu



siappppp
settled masalah.. hahaha

tadaaaaaa
abang jebatttt.. halusss..
iollz siap laga-laga bahu lagi.. ko ado ? hahaha
selain sharnaaz ahmad, time tu ade gak scha al yahya, awal ashaari, neelofa.. (tak caya tengok ig dorang) huhu
tapi aku takde la nak selfie dengan dorang sebab
 dorang tengah makan kan..
macam tak sopan pulak kacau orang tengah makan..
awal tengok aku pastu senyum kat aku pon dah kire 
oke sangat dah tu.. hehe


ni dia punya menu.. 
korang boleh order ikut
 step-step yang ade tu la..
ktorang order ikut yang mana ada thumbs up and 
tanya orang yang amek order tu mana yang sedap..
senanggggg cite.. hehe

Thursday, July 30, 2015

Orang Pertama...


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

p/s : copy paste.. senang nanti kalo anak tanya.. hehe

Tuesday, May 26, 2015

Short Vacay - Pangkor Island


Ko taw, sebelum nak pegi short vacay ni aku dengan eton kemain eksaited nye. rase minggu tu ktorang asyik duk menghitung hari je. kalah orang nak kawen punye menghitung hari.. haha.. time nak pegi tu la, minggu tu dengan minggu sebelumnya, aku busy sangat dengan audit. nak hantar dokumen-dokumen dekat En. Amir. Nak dijadikan cerita, hari Jumaat tu En Amir call suruh jumpa dia sebab nak finalize kan penyata kewangan tahunan ktorang. legaaa nye time tu, Allah je yang taw.. so, boleh la aku bercuti dengan tenang, aman dan damai.. ewahhh.. hehe

Day 1

Hari sabtu (23 May 2015), aku dengan eton gerak dari rumah dalam pukul 8 pagi ke jetty marina island. ktorang pilih jetty marina sebab sane tak ramai orang pastu 10 minit je dah sampai pangkor. Ktorang sewa kete dekat member eton. mula kami nak naik motor je sebab rase lebih feeling kalau nak round round pulau naik moto. drama sangat ! hehe. tapi member eton cakap, kat sana petang petang selalu hujan. so, ktorang pilih nak sewa kete je la. lagipon sebab kenal kan, ktorang dapat sewa kete rm50 je untuk sehari. Rezeki.. Dan ktorang memang tak salah pilih sebab kalau naik motor, tak taw la macam mana nak mengangkut segala barang tu.

Pukul 10 lebih dah sampai dah. turun je kat jetty terus cari balai bomba, nak ambil kete. member eton tu abang bomba rupanye. selama ni eton cakap member, aku ingat perempuan. John, aku dengar Ja. haha.. lepas dapat je kete, ape lagi... ktorang ronda la satu pangkor. nak check in, awal lagi kan. lepas ronda, ktorang cari ole ole untuk family and member member. Ktorang beli baju, seluar, ikan masin, satay ikan, sotong kering, fridge magnet, ape lagi eyh ? tu je kot. lepas tu ktorang gerak terus ke Chalet. Ktorang stay kat Nipah Bay Villa. ekceli, aku nak sangat duduk dekat Nipah Guest House, tapi ape kan daya.. dah full. aiyakkk. tak de rezeki. takpe, next time. hohoho

Masa dah check in tu, budak hotel tu hantar ktorang sampai dalam bilik. tolong bukak kan pintu, lampu, aircond segala. pastu dia tanya nak snorkeling ke ? ktorang cakap nak tapi esok pagi. dia cakap sekarang pon boleh. dia bagi ktorang rm35 sorang untuk snorkeling sekali dengan pusing pulau. tak fikir panjang terus je setuju sebab kalo ktorang snorkeling esok tu, takut kelam kabut je dengan nak balik lagi kan. huhu

siyes lawak masa snorkeling tu, tenggelam timbul ktorang sebab masing masing tak pernah snorkeling kan. aku setakat berenang kat swimming pool yang cetek tu boleh la. hahaha. dah la budak tu tinggal je ktorang kat situ, lepas sejam baru dia datang amek ktorang. kat sana sempat la berkenalan dengan member baru. sesi perkenalan di tengah lautan. dramatik kan ? tapi memang best la sebab dorang sangat friendly. part yang paling best, abang reggae sebijik macam bob marley tolong bawak ktorang nak tengok gamat. dia tarik tangan eton, ktorang tarik eton dari belakang. pastu dia bising ktorang makan ape sebab berat. haha.. maw tak berat, dia sorang kne tarik tiga orang lagi. dengan ktorang yang tak membantu dia langsung. rasa nye dia pon give up, langsung tak sampai destinasi yang nak dituju.. ahaks ! 

Habis snorkeling, aku dengan eton lepak tepi pantai kejap. sambil tunggu member baru sampai sebab dorang nak tumpang mandi kat bilik ktorang. dorang balik hari, dorang stay kat Lumut. lepas dorang balik, ktorang pulak mandi. lepas maghrib, ktorang jalan kaki je round round kat kedai kedai tepi jalan. pastu beli dinner and balik tido. tak ingat ape dah. penat and ngantuk sangat. 

masing-masing muka fresh sebab pagi lagi kan..

yeayyyy !!
dah sampai destinasi yang di tunggu tunggu..

awww...
comey gilos teksi pink nih..
dah la feveret kaler iollz..
mohon nak bawak balik sebijik kat teluk intan, please ! 






aku memang pilih chalet.
teringin nak tido dalam suasana kayu.
dia ada jugak bilik batu, tapi aku memang nak bilik kayu ni.. haha

nampak tak dua entiti kat cermin tu ? hiks

macam romantik je bilik ktorang ni..
rasa pegi honeymoon pulak dengan eton.. ahahahaha *poyosss


nampak tak batu tu macam ikan paus ?
budak yang bawak ktorang tu cakap dari jauh je nampak macam ikan paus, dekat tak nampak pon..

 
belakang ktorang tu pulak, batu macam kepala buaya kan ?
abaikan muka bolat aku ittew..
malas nak pikir, main sarung je tudung senang.
janji tutup aurat kan ? tak gittew ? hehe
ada lagi tempat lain yang dia bawak, tapi aku takut handset tercampak je kat lautan yang luas terbentang tu, terus aku simpan. 
kang jenuh nak menggagau mencari.
 boat dia laju giler. kalo mama dengan fiqa naik confirm takut. haha


dari jauh dah nampak dah jaket jaket oren ittew..
gigih snorkeling.. ikan takde, manusia yang ramai..
sampai ikan pon takut nak timbul..
bila bagi roti baru la ade ikan..
ktorang komplen la, takde ikan pon..
abang-abang kat situ cakap, ikan cun cun aihhh.. 
sungguh kurang asam, dorang cakap kite ikan kan eton ! huh !


 
menahan diri sebenarnya..
tengah seimbangkan badan..
batu tu dah la licin, ombak kuat pulak tu..
memang nak jatuh saje..

member baru.. kenal kan, shaza and atiqa..
kenal masa tengah snorkeling dalam laut..
tak sampai sejam kenal tapi havoc nya macam dah bertahun kenal..
untung jumpa member satu kepala tengah laut.. kau ade ?  haha
lepas ni plan next vacation dengan dorang pulak sebab dorang ni pon jenis travel berdua je..  

abaikan adik kat belakang tu..
dia tak perasan ktorang nak snap picture time tu..
lepas dia perasan, punya la dia mintak sory.. 
sory la dik, kak fify terpaksa letak jugak picture ni 
sebab dah takde picture yang lain..
ampun maap di pinta ye.. hihi




all black.. rasa selamat sikit.. ehehe

Day 2

Esok tu (24 May 2015), pagi pagi dah keluar pegi jalan jalan kat tepi pantai. Sambil nak tengok keindahan alam ciptaan tuhan, saja nak cuci mata la jugak. nak cari jodoh sorang dua, buleh bawak balik mai teluk intan ni haa. gatai naa.. hahaha.. lepas puas meronda, ktorang beli roti telur untuk breakfast.
then ktorang kemas kemas untuk check out.

Lepas check out, ktorang pegi beli ole ole lagi. rasa ade je tertinggal nak beli kat orang. eton lagi la, penuh kiri kanan. shopping giler-giler la dia. hihi. lepas dapat semua barang, kami pegi kota belanda pulak sebab semalam tu tak jadi pegi kan. ktorang tukar plan sebenarnya, sepatutnya pagi ni baru pegi snorkeling, tapi dah budak keje kat chalet tu offer ktorang pegi petang semalam, so ktorang ikut je. lepas habis melawat kota belanda ktorang pulang kan kete member eton, abang bomba tu kat balai bomba depan jetty pangkor tu je. lepas tu beratur dalam 15 minit macam tu baru perasan, dorang nak balik ikut lumut, patut ramai orang. nasib la eton perasan, terus ktorang pegi dekat jetty marina island punya. dalam pukul 1.30 pm ktorang sampai dah jetty marina. Pukul 3 macam tu la, selamat sampai rumah. Alhamdulillah.. 



amboi, happy nye dia..


sangat suka picture ni..
pandai akak tu amek kan gambar..
background cantik, orang nya pon cantik ! eh ?! ahahaha

uitttt..
ingat abang TNB ke ??? 
 opsss !! larikkkkk... hahaha



Laju laju buaiku laju...
weollz nak kawen dengan anak raja.. 
Raja mana ? Rajagopal.. kih3.. eton suka la tu...

jom check out..
sapa duk sini amek bilik no 9 taw..
bilik ktorang..
ktorang jaga baik punya.. hihi

Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong ! ahaha
tengok picture ni, tetibe teringat lagu Ruffedge.. 
sebab seseorang la, aku minat giler lagu Bila Rindu tu dulu.. 
hihi.. tak boleh blahhh...


memasing gigih nak bergambo kat dalam lobang nih.. ahaha

oh, feeling sangattt !!! haha




tengok la bag biru tu..
kemain besar kan ?
eton memang borong habis habisan ler..
I tumpang barang sikit je kan u ? kan ? kan ? ahaks..

pandai u sorok bag biru u tu kan ?
ntah mana mana ntah dia letak.. haha


sebelum balik sempat selfie kejap..
wat kenang-kenangan..
ko tengok la muka ktorang..
muka masing-masing merah menyala macam udang kene bako.. ahaks !
panas sangat mase pegi kota belanda tu.. 


Cik Wardaton Jamilah, thanks for everything eyh. Happy sangat sebab u sudi temankan i selama 2 hari 1 malam. Next time nak pegi mana ek ? yang tak tahan tu, hari isnin masuk keje dah fikir nak pegi mana dah, padahal baru je balik semalam. Rasa nya memang dari dulu dah penuh dah kan jadual kite nak kemana tapi masa sangat mencemburui kite. dengki sangat dia kan. ahhahaha.. please, plan next vacation uollz.. (^_^)V #buddieskelaut

Thursday, May 21, 2015

The Afgan



Kat malaysia ada muka macam dia tak ?
kalau ada, bagitaw iollz oke !! hahaha.. okbaiii...

Dia..Dia..Dia..
Cinta yang ku tunggu tunggu tunguu...