Oke ni story baru punya. Minggu lepas punya. Selalu aku ni lepas berbulan-bulan baru la nak updated belog pink ni kan. Kali ni tidak lagi. ecehhh.. Tengok picture, kontroversi tak ? Cer teka aku pegi bercuti dengan sapa? jeng..jeng..jeng.. ahahahaha
Oke-oke, biar la aku berterus terang aku pegi bercuti dengan sapa ni. Nanti jadi gosip pulak kan. Aku tak main la nak layan gosip-gosip murahan ni. Sungguh poyo kamu wahai cik fify.. huhu.. Aku pegi bercuti dengan BFF aku la, Cik Wardaton Jamilah Bt Yahya yang sangat cantik, comel, cun, top-top meletop tu la. Sapa-sapa nak berkenalan dengan dia, boleh bagitau aku. Single lagi tuh. *mohon eton tak baca belog aku ni
tadaa.. ni la my BFF
ramai cakap macam emma maembong
lawa kan ? haruslahhh..
mula-mula je masuk lost world ni, beriye je aku dengan eton duk tengok map ni..
nak pegi mana dulu kan..
tapi, hampeh...
last-last, main redah je ikut mana dan..
fefeeling kat rumah shrek.. tetibe.. ahaha

jadi le tangkap gambo dengan patung hantu je..
seumur hidup aku, 18 tahun aku hidup ni kan...
18 ke? tettttttt.. ahaha
aku memang tak pernah langsung masuk rumah hantu..
bukan takut ape sebenarnya, aku takut aku tertampar hantu-hantu
yang terkejutkan aku tu je..
ahaks ! yeke ? kikiki
Bertiga lebih baik !
jangan tataw, ktorang dapat peminat kat sana..
tetibe je mat cina ni datang nak tangkap gambo sama..
nasib hensemmm.. ahaha
ktorang dah jumpa mamat ni dari masa nak beli tiket lagi..
dia dengan member dia kat belakang ktorang..
pastu masa kami nak naik roller coaster pon naik sesama..
nak pegi kat Tin Valley jumpa lagi..
jodohkah itu? tettt.. haha

selepas mat cina itu pergiiii.. ehehe
gigih nak mendulang bijih timah tengah hari rembang ni kan.. haha
suka picture nih, tapi jauh la pulakkk..

comey kawan aku sorang nih

Eton cakap, picture dia ni gaya macam gangster je..
takpe eton, ini gangster yang lawa oke..
emma maembong uollz ! ehehe

eton bersungguh-sungguh nak tangkap gambo dengan burung nih..
aku terpaksa rela menangkap gambo eton ni..
sambil tangkap gambo, sambil jerit-jerit sebab kat kaki ade burung-burung, itik,
burung merak yang dibiar dan dilepaskan macam tu je..
eton gelakkan aku je.. sabo je la..
euwwwww.. geliiiii kot..
aku bab binatang-binatang ni memang sensitippp..
kalo diberi pilihan antara pegang ular or naik roller coaster, aku pilih roller coaster.. sekiannnn!

tapi kalo binatang kaku cengini, aku berani..
ape ade hal, setakat kuda je.. huhu

lepas penat tawaf satu lost world tu, ktorang naik train pulak..
kalah orang tua dia punya tak larat tu..
sakit gak la kaki iolzz..
Masuk-masuk je lost world ni kami pusing-pusing dulu, tangkap gambar. Lepas penat menjelajah lost world of tambun ni, dalam pukul dua baru kami start salin baju nak mandi. Memang tak nak mandi tengah hari tu sebab panas sangat kan. Kang terbako muka, tu sebab ktorang ronda-ronda dulu. Mula-mula ktorang tuju pelampung dulu pastu pusing-pusing kat keliling adventure river dia tu. Dua kali jugak la aku dengan eton pusing. Seronok nya tu kalah budak-budak. Sambil pusing duk atas pelampung tu, ada la sikit sesi luahan perasaan. Nasib ktorang lebih kurang sama. Sama-sama memahami. So, ktorang boleh luahkan rahsia hati masing-masing. Pernah pukul 4 pagi aku kacau eton hantar whatsapp kat dia, tengok-tengok dia reply time tu jugak. Terkejut mak! Dia cakap dia memang terjaga time tu, tengok-tengok aku whatsapp dia. Instinct ktorang kuat kan. hehehe
Cliff Racer
Agak laju jugak benda alah ni..
masa turun tu memang syok giler, jerit-jerit aku dengan eton..
tapi macam biasa la kan..
bila nampak orang ramai kat bawah tu, aku dengan eton control la cun sikit..
Diam je tak menjerit..
kekunun gagah berani..
Padahal dorang dah dengo dah ko jerit masa kat atas tu fify oii..
lantak situ, takpe sebab aku tak nampak deme time tu.. hahaha
Ni nama nya Tube Raiders..
masa nak naik benda alah ni, takde sapa nak tolong jaga kan pelampung ktorang..
ate, dedua gedik nak naik kan..
nak naik benda alah ni tak boleh guna pelampung sendiri kena guna pelampung dia..
pastu, nampak sorang akak ni duduk je tunggu orang kot..
ktorang mintak tolong dia jaga kan pelampung ktorang jap.
giler nak letak merata pelampung tu, kang hilang tak dapat deposit balik..
gigih aku dengan eton menapak naik tangga ke ats dengan simen panas ya amatttttt.
sakit tapak kaki weollz..
Berlari aku dengan eton naik tangga macam orang gila.. ahaha
Ktorang pilih gelongsor yang tertutup, sebab gelap kan mesti lagi best..
Lebih thrill la kononnya.. ahaha
Nasib tak ramai orang, so cepat la sikit..
Masa kat atas pulak, abang yang jaga gelongsor ni tanya dari mana.
Aku segan kot nak cakap dari Teluk Intan sebab dekat sangat kan..
Dapat kat eton, dia pegi cakap dari Taman Perpaduan Tambun ni je.. ahaha.. amek kau..
Bak kata adik-adik aku, aku kan memang poyo-poyo sikit kan..
Pegi tanya abang tu, banyak-banyak gelongsor kat sini mana paling mencabar?
Abang tu cakap yang ktorang pilih ni best, sebab paling laju..
Pastu dia suruh try naik yang nombor empat pulak.
Memang nak try tapi bila pikir hazab nak naik tangga tu, penat..
Terus tak jadi..
After ktorang habis main gelongsor ni, ktorang pusing lagi sekali adventure river tu. Dah habis pusing-pusing, ktorang berendam kat hotsprings pulak dengan harapan lemak-lemak tepu kat perut dan peha boleh cair dan ghaib dengan begitu sahaja. huhu.. Ktorang berendam dalam setengah jam je kot, ktorang salin baju pastu sambung main. Ktorang naik kapal lanun yang berayun ke depan and ke belakang tu kan pastu dengan buaian laju tu macam kat genting dulu. Dah petang-petang ni tak la panas sangat kan nak bersuka ria. Kang panas-panas riso pengsan pulakkk. Faham-faham je la cuaca sekarang macam mana kan, memang tak digalakkan buat aktiviti luar. Udah macam doktor aku ni kan. Sejak ada kawan keje klinik. ahaha
kitaorang berdua ikut mana sempat je..
main posing je tengok camera orang lain..
pantang nampak camera..
lepas tu mintak gambo kat akak tu.. ehehe
masa main roller coaster pon sama..
punya la jerit tak ingat..
nampak je orang tu nak amek gambo terus diam pastu senyum..
hipokrit sangatttt..

kome tengok le, aku dengan eton dapat peminat lagi kat belakang tu..
kami berdua nak selfie, budak-budak tu nak join sekali..
padahal tak kenal pon.. adakah kami terlalu mesra alam? huhu
tapi sangat lawak, budak yang pakai baju kuning tu punya la takut naik kapal nih..
masa nak turun tu, dia cakap bukan saya kak yang takut..
dia tunjuk kawan dia.. ahaha

ni lagi satu gambo kitaorang main redah je ..
habis tu pegi berdua je, takde sapa nak tolong snap kan picture..
nampak je camera sesape, buat macam camera sendiri.. ehehe
time ni budak bertiga tadi tu dah naik dah buaian laju ni..
dorang nampak aku dengan eton berbaris nak naik buaian ni, deme tunggu ktorang naik lagi sekali..
awwwww.. so suwetttt adik..
thanks teman kan akak-akak yang gojes ni.. uwekkkk *muntah hijau
adik yang sebelah aku dengan family dia pon sporting..
macam dah lama kenal je ktorang ni..
dah macam satu keluarga bahagia je.. ahaha


Huga.. huga..
mamat yang sebelah eton tu asyik nak huga..huga je..
tak kira la sapa lalu.. duk huga..huga je koje nye.. huhu
abang yang hujung sekali, belah kiri tu memang muka dia statik macam tu je..
sombong betoi.. idak le dia nak mandang emma maembong tu kan.. ahaha
btw akak sebelah aku tu macam muka seseorang la.. eh?

Giddy Galleon je kami tak naik sebab sama je pusing-pusing macam buaian laju tu. Kang pening pulak, dah tak ingat jalan pulang. Menjenuh jugak. hehe.. Lepas habis main segala, ktorang pon nak balik. Sebelum tu sempat la posing-posing sikit tangkap gambar buat kenang-kenangan di hari tua. huhu.. Walaupon kami berdua je, tapi tetap enjoyyyy. Mula-mula plan bertiga dengan kak eija tapi malam tu abah kak eija tak sihat pulak, Tu dia tak jadi join kami. Takpe kak, nanti kita plan pegi tempat lain pulak ye dengan farah.. (padahal dah siap plan dah nak pegi mana pulak lepas ni, penuh dah jadual..hihi) Happy sangat-sangat hari tu dapat release tension, lupa kat semuaaaaaaaa... Naik roller coaster (Lupe's Adventure), buaian laju (Dragon Flight), kapal lanun (Storm Rider).. Walaupon mainan kat lost world ni tak la mencabar sangat macam kat USS tu, tapi aku bantai je jerit. Sebab rasa boleh hilangkan stress. Puas dapat jerit!
Lepas balik dari mandi-manda, kak eija suruh kami datang rumah dia minum petang..
sedap kot dapat makan cucur jagung.. feveret tuhh..
Lepas tu, kak eija ajak makan kat Mat Periuk..
Thanks akak belanja fie dengan eton..
muahhh ciked.. hihi
masa ni nak balik dah.. kat mat periuk sangat-sangat ramai orang..
nak selfie pon tak boleh..
jadi sebelum balik tu, sempat la selfie dengan kak eija kejap..
gigih jugak la cari cahaya lampu tepi jalan tu..
sebab gelap sangat kan..
masa nak tangkap gambo ni, ade sorang pakcik tu tegur...
"Hai, makan pon nak tangkap gambo ? "
Kak eija slumber je balas, "Aah pakcik, nak check in" .
itu lawakkk kot.. haha.. Deme ingat kami sesaje je ke nak tangkap gambo tepi jalan cengitu..
itu lawakkk kot.. haha.. Deme ingat kami sesaje je ke nak tangkap gambo tepi jalan cengitu..
Kitaorang susah nak jumpa sebenarnya, tu yang main redah je tangkap gambo tepi jalan..
sian kita kan kome..
Alhamdulillah, rasa seronok sangat dapat berjimba-jimba dengan BFF kan. Walaupon dekat and kejap je, Jadila. Sangat puas hati. Happy nya, Allah je yang tahu. InsyaAllah next time kita pegi berempat ye. Biar complete group ZA.FC kelaut kita ni. haha... I Love U korang!!!
















