Malam-malam macam ni tetibe teringat kisah dulu-dulu..
Berdasarkan pengalaman aku sendiri, tak de kaitan dengan sesape..
tapi kalo nak terasa tu tak tahu la kan.. haha..
dulu masa belajar aku ada kawan dengan sorang mamat nih..
Dia nak berkenalan dengan aku sebab dalam banyak-banyak girl kat sana, dia tak pernah tegur aku sorang je.. so, dia berminat nak kenal dengan aku.. dia mintak nombor phone aku kat member aku.. lepas tu aku pon kawan dengan dia, lama... dalam setengah tahun....
Dalam tempoh berkawan tu kita dapat rasa dia lain.. cara dia layan kita memang tak sama dengan member-member lelaki yang lain.. sebab kita bukan kawan dengan dia sorang je time tu.. kira nya dia yang paling special la..
Terus terang aku cakap, perempuan ni hati nya lembut.. keras macam mana pon, tak suka macam mana pon, kalo seorang lelaki tu bagi perhatian lebih kat dia, hati perempuan cepat tersentuh.. senang cite bak kate budak2-budak sekarang, melting la..huhu..
macam tu la aku..
korang boleh bayangkan tak kalo tiap-tiap hari dia duk message kita, bagitau ape aktiviti dia kat kita even kita tak tanya, ambik berat pasal kita and yang paling aku tak boleh, kalau orang tu setiap hari akan wish selamat malam sebelum dia tido and wish selamat pagi and kejutkan bangun solat subuh.. aku suka macam tu.. sebab bagi aku, tu tanda nya sebelum dia tido, orang yang dia ingat AKU.. pastu bangun je tido, org first dia ingat, AKU..
bila dah rapat, dan ada rasa sesuatu.. bila kita tanya kat dia, kita kawan ke? dia cakap bukan kawan.. bila tanya, kita couple ke ? dia cakap bukan couple.. so? maksud nya apa??? lepas tu, mungkin dah memang Allah cakap kami bukan jodoh, masing-masing bawak haluan sendiri.. so, lepas je dari tu.. kalo seseorang lelaki tu menunjuk kan dia macam minat kat aku, selagi dia tak cakap pape and tak buat pengakuan sendiri, aku tak akan percaya dia suka kat aku.. sekian..
korang orang lelaki, kalo rasa taknak anggap seseorang perempuan tu, seorang yang special bagi korang, tolong jangan layan dia lebih-lebih.. sebab "perempuan berubah hati jadi keras sebab dia dah penat ada hati yang lembut dan tak dihargai"
masa tu dah terlambat.....
iye, kite boleh jadi HANYA kawan..
T A P I ,
if you like me, it's okay to tell me..
If you don't, stop acting like you do..
mohon faham
Yang Benar,
shafena