Haish lama sungguh belog ini tidak di"update". Nampak sangat owner belog ini super duper busy. Kan??? Byk cite jgk sebenarnya tapi sume terperap dlm draf. Nanti2 la fikir nak wat macam mana tu. hiks
Oke berbalik pada cite kite yew. Seperti biasa, bulan ramadhan ni tak byk sangat aktiviti yang dibuat. Bila dah kena panas terik dah tak larat. Jadi aktiviti kat luar tu memang dikurangkan. Sebenarnye boleh je, tapi saje je nak manje2 kan diri ini. hahaha Macam2 tahun lepas jugak aktivitinye same je. Petang2 msti g round2 pekan tu ha. Saje nak buang masa tunggu waktu nak berbuka. Air tebu wajib ade, tiap2 hari mesti nak air tebu. Tak taw la kenapa kalo bulan puasa mesti nak. Bulan2 lain tak nak pulak. Ittew ngengade name nye. sekian.
Seminggu puasa, ktowg g berbuka kat Kinta Riverfront Hotel Ipoh. Sangat best tempat nye. Makanan pun masyaAllah sangat banyak. Dan paling penting, sangat sedappppp!!!! Dewasa RM55, kanak2 Rm28 (7-12thn). Ktowg g ade orang belanje. Siapakah? Biarlah rahsia. tettt!
abah sangat khusyuk borak2 dengan orang sebelahnye ittew..
panggil banyak kali pon tak sedar.. erm..
tengok la betapa banyak nye air ktowg..
Air! Air!
aku pon tak hingat dah ape lauk2 yang aku makan nih.
Syawal 1
Tema tahun ini adelah hijau kebiruan = Turqoise. Seperti tahun2 sebelum ni, lepas bermaaf-maafan & amek gambar kat rumah, ktowg akan gerak g rumah tok pulak beraya. Aktiviti kat rumah tok pon same jugak. makan+amek gambar+salam2 = dapat duit raya.ehehe Tak sangka, dengan umur yang suku abad ini maseh dapat duit raya lagi.. rezeki..rezeki..alhamdulillah.. kalo tak dapat pon tak pe. dah besar kan, dah boleh kawen dah. tettt!! belum masanye lagi kot. nanti2 la. hiks
Petang tu family nyah datang rumah. menu wajib untuk dowg semestinye soto! Bukan dowg je, tp family aku+family along pon kalo tak silap memang minat soto. Mungkin sebab sup kan tu yang orang suke tu. Lepas family nyah balik, ktowg g beraya rumah ekin pulak. Tak sabar nak tgk baby boy tu. dah besar dah dia. semakin lama sebijik macam anak cina. tapi nama dia ala-ala arab la. Iffat althamis. comel kan nama dia. (: Malam tu dowg sume beraya rumah kami pulak. Iffat pon datang raya. geram tengok dia.
aksi bebas yang sangat bebas
santai
dua beradik ipin upin (:
oke, iollz pon maseh dapat duit raye lg..
mase nak salam2 abg boy suruh kami beratur macam nak konvo tu..
beratur ikut tanda2 yang di tetapkan. haha
abg boy siap rakam lagi
kelakar bile tgk balik
Kazen aku yg sebelah abah tu pergi Mesir hari ni.
Flight pukul 10 mlm nih.
Dia amek medic kat sane. 6 tahun.
Semoga amy selamat sampai+berjaya kat sana nanti. amin
ktowg usik dia jangan bawak balik pak arab kat sni sudah la..hik3
2 Syawal
Raya kedua ni kami g beraya kat rumah paksu pulak. kami breakfast kat sane pastu kami semua sepakat pegi ke epo beraya rumah sedara mara sebelah abah. Ktowg g 3 kereta. Mula2 ktowg singgah air tawar rumah nyah dulu. pastu terus gerak ke epo. Memula sampai g rumah tok karia makan laksa pastu g rumah cik yan pulak makan lontong. Sampai rumah cik Ba'ie dah malam memang dowg bagi makan nasi, lauk simple je tapi memang sedap. Kak Aya,kak ana,kak ani,kak eda masak rendang ayam+telur dadar+ikan masin goreng+sambal belacan+sayur kobis. Sume puji sedap. masakan kampungkan memang feveret ramai la. Macam mana la berat tak naik kan? Sehari bape kali makan. Lepas tu dah malam ktowg terus gerak balik je la, sebab kedai tok puteh dah tutup. Macam jauh pulak nak ke rumah dia. next time g la kot.
3 Syawal
Balik klang ziarah kubur arwah2 atok. Pstu g beraya rumah mak sedara mama. memula g rumah tok mah, ni lagi la malas nak cite. Tok buat nasi lemak dia yang sedap tu. memang layan la. sedap giler2 punye, memang tak dapat la kat mana2. the best nasi lemak in klang. ehehe. pstu g rumah cik bedah jumpa tok yang, then g rumah tok chu intan last skali g rumah tok mak tam. Air milo dia sangat sedap. Sebijik rasa macam air milo yg kite-kite dapat mase sekolah dulu. Tanya kat kazen & adk2 aku, dowg pon cakap sedap. memang tak syak lagi..ehehe
4 Syawal
Mimi sms aku ajak g beraya rumah kengkawan kat air hitam. Aku oke je sebab memang free. Bila lagi nak jumpe kengkawan lama kan. Dah pukul 2 macam tu la mimi sms balik cakap macam tak jadi je sebab dowg sume senyap je. Aku tak kisah, pegi boleh tak pegi pon boleh. Last2 petang tu aku g beraya rumah mimi+nora kat selabak. aku angkut adik+kazen aku beraya sekali. Seronok betul la beraya kat kampung. Suasana dia lain la. Tak taw nak cakap macam mana, tapi best la. Nora bg ktowg makan laksa. sedapppp uollz.. tak macam laksa2 yang selalu makan tu. asam laksa kot. balik rumah adik+kazen pon cakap sedap. dowg suruh mintak resepi. Lama jugak lepak rumah nora, rasa tak nak balik la. besttt!!!
5 Syawal
Raya kelima aku+mimi+nora g kenduri rumah dila. Tapi tak cukup sowg. Sab balik rumah mak mertua dia kat kelantan. Kalo tak, lagi meriah la. Jumpa ramai gak kengkawan lama. Kebetulan cuti raya tak habes lagikan boleh la dowg datang. Pastu boleh pulak dowg ajak g beraya kat air hitam sebab tak jadi semalamnya. Aku tak boleh join la sebab ade member dari shah alam nak datang. Pastu turn mimi+nora pulak beraya kat rumah aku. Tak sampai 15minit dowg balik, mel pulak call cakap nak datang beraya. Nasib la mama memang masak soto lebih hari tu sebab pagi tu kawan2 mama+fiqa datang rumah. memang rezeki dowg la kan.
6 Syawal
Menu 6raya mama buat laksa johor sebab adik cakap kengkawan nye nak datang rumah. penuh jugak la rumah dengan kengkawan nye. lepas kengkawan adik balik, kengkawan fiqa pulak datang pastu dowg kuar g beraya kat chenderong balai. elok je dah nak sampai rumah, cik ela pulak datang. cik ela habes je makan, kawam fiqa yang kat bidor tu pulak sampai. gilir2 dowg. pandai pilih masa kan. kalo tak, takut tak terlayan je. kesian la orang datang rumah, kite tak dapat nak layan kan. tak best macam tu. nasib la kazen ktowg yang kat shah alam tu ada, boleh tolong2 kat rumah. tq ain.. (: malam tu pulak, ktowg g beraya kat rumah kak zana. Nasi ayam kat rumah kak zana pon sedap. Pk makan je aku ni kan? ;P
Alhamdulillah rezeki kowg agak nye. Pegi beraya sume rumah, dowg sediakan makanan yg sedap2. macam mane la berat tak naik kan?? comfirm naik bape kilo nih. awww...tak nak pk. huh
Ekceli banyak lagi cite raya aku. tp nanti2 la cite. tunggu next entry kalo rajin. ehehe.. peace (^_^)V