Oke-oke, sekarang ni terasa nak throwback je. kan dah cakap banyak story dok berkepok di alam draft. ikut mood aku la kan bila nak update belog. ni tengah rajin. bila datang malas aku, berbulan-bulan aku abaikan belog pink ini. sadisss.
Cuti Christmas hari tu ktorang satu family pegi Melaka, tu pon sebab nak pegi JPO. Mula-mula macam malas jugak nak pegi lagi sebab baru je last month tu ktorang pegi JPO ni. sempat sambar handbag Guess sorang satu. ni pegi lagi sebab Fika dengan Nabil nak beli barang hantaran dorang. Year End Sale kan. kali ni pegi, aku dah bertekad dah taknak beli apa-apa. bertabahlah wahai hati. erm...
Time cuti cengini pegi memang gila ramai orang. Kebetulan Kak Eija pon pegi jugak. kekunun nak jumpa la kan. tapi bila dah kat sana, tak jumpa pon. ramai sesangat orang nya. Sampai nak masuk kebanyakan butik kene beratur. fuhh, penat~~
muka ada senyum la sebab dapat barang yang dihajati kan.. haha
kekunun tadi dah tabahkan hati, kuatkan iman..
taknak beli apa-apa..
sekali terbeli jugak, victoria secret ni.
Lalu kedai dia wangi sangat la..
tak tahan..
kene masuk jugakkk... ahaha *alasan
Esoknya tu lepas check out dari hotel, ktorang pegi lunch dulu, pekena asam pedas le, ape lagi. Sejujurnya, aku bukan peminat asam pedas. Aku harap laki aku nanti pon bukan la peminat asam pedas. so, takde la caption kat IG aku nanti, ASAM PEDAS UNTUK DIA. ahaha.. lagipon, rasa nya nak masak asam pedas ni macam banyak keje sikit. aku suka yang simple-simple je. cakap je la ko malas fify oiiii ! hihi. tapi kalo asam pedas melaka, memang aku sukaaaaa. Asam pedas dorang ni lain la. sedapppppp. Lagi-lagi kalo asam pedas sedara mama. Sedap sampai tak taw nak cakap macam mana.. eh?
Dah habis makan semua ktorang cari la upside down house gallery sebab aku tengok kat ig Mira Filzah ada pegi. nak tunggu pegi Rumah Terbalik Sabah, ntah tak taw bila. ate, pegi jela yang dekat-dekat dulu. amek feel dulu katanya. haha. Ramai gila la orang kat upside down house ni. berbaris nak masuk beli tiket pon dah berapa lama. sebab tempat dia kecik je. bangunan rumah kedai. dia amek dua lot. nak tangkap gambar pon kena tunggu turn. aku rasa sapa nak pegi ni better pegi hari biasa, bukan waktu cuti. ktorang ada banyak tangkap gambar sebenarnya tapi belakang-belakang tu nampak orang lain. so, gambar jadi tak cantik. aku tempek beberapa kerat gambar je la ye sebagai bukti aku dah pegi sini. ahaha *poyo
tak faham apa yang budak berdua ni cuba lakukan..
layankan aje.. deme je yang faham.. ahaha
kacau je orang belakang tu..
tak suka taw.. huhu
sebelum
selepas .. yeayyy !!!
abah terpaksa join sebab orang yang jaga situ
suruh masuk jugak bergambar..
dia tolong snap kan. ahaha
kenapa kakak fify tempek picture nih ?
motippp ?? xde motip..
aku suka picture ni sebab aku nampak putih disitu..
erk?! okbaiii..
wefie sket
Sebelum balik ke Teluk Intan, kami singgah Pantai Klebang dulu. Cari Coconut Shake dengan Char Ketiaw la. Nak keropok lekor and pisang goreng cheese yang sedap tu takde pulak. Dorang tutup kedai. pegi bercuti jugak kot. Cuti sekolah kan, public holiday pulak tu. Berangan je la kau kan nak makan itu semua. huhu. Dah puas selfie tepi pantai baru balik. oke, itu je nak cite. haahaha
Teluk Intan, I'm Back.......















No comments:
Post a Comment