Saturday, September 10, 2011

-Berdua Bersatu-


Kenapa cinta kita selalu saja diduga?
Bagai ada tak merestu kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku ditakdir untuk berpisah?
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
‘Patah tumbuh hilang berganti’
Tetapi ku tidak mahu cinta selain darimu

Jika denganmu salah...ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah...biarlah ku tercalar
Walau dilanda padah...ku sanggup kerana ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur...ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut...biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut...ku sanggup kerana ku mahu
Kita berdua bersatu



p/s: Jika denganmu salah...ku tak mahu yang benar..

No comments:

Post a Comment